Sejarah Air Gau
Air Mineral Gau diperolehi daripada sumber mata air bawah tanah yang ditemui dan digali oleh Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Othman bersama anak saudaranya di kawasan Sekolah Menengah Agama Saadatul Addarain LiL Banin, Sungai Gau, Jalan Maran, Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Air Mineral Tasnim Gau telah digali pada tahun 1991, dan hingga kini masih memancut keluar dari paras bumi. Bagi melindungi air agar tidak tercemar, bangunan khas telah dibina untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Khasiat Air Mineral Gau telah diketahui umum apabila beberapa orang penduduk yang tinggal di sekitar kawasan ini mengidap penyakit seperti pening kepala yang berlarutan,darah tinggi dan kencing manis, dengan izin Allah telah beransur sembuh setelah meminum air ini.
Air Mineral Gau juga boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit seperti rabun mata, gatal-gatal, kudis, lenguh-lenguh, kelesuan, deman, batuk dan dapat meningkatkan kecerdasan badan dan minda. Air ini bersifat alkali pada tahap pH 7.8, manakala konduktivitinya (aliran arus elektrik) ialah 0.55 (perbandingan dengan Air Zam-Zam ialah 1.4 dan air biasa ialah 0.17). Ini membuktikan Air Mineral Gau mengandungi bahan semulajadi yang berkhasiat berbanding air biasa.
Kandungan Air Tasnim Gau
Kalsium 69mg/l
Bikarbonat 245mg/l
Natrium 11mg/l
klorida 2mg/l
Kalium 6mg/l
Sulfat 7mg/l
Magnesium 45mg/l
Florida 0.5mg/l
PH 7.9
Purata Pepejal Terlarut 248 mg/l
No comments:
Post a Comment